PETALING JAYA: Media Mulia Sdn. Bhd. hari ini meluncurkan Arah, laman web yang menyenaraikan semua kandungan dari semua sumber berita Kumpulan Media Mulia, dalam usaha syarikat memudahkan pembaca mencari kandungan. Laman web arah.my menyenaraikan semua berita disiarkan segmen digital Utusan Malaysia, Kosmo!, The Malaysian Reserve, HibGlam dan Relevan. Semua kandungan dikategorikan mengikut tajuk – terkini, nasional, ekonomi, hiburan dan sukan – akan menjadi pusat sehenti kepada pembaca yang mahukan berita…









