TUMPAT: Lelaki yang didakwa menjadi mangsa culik di Palekbang di sini semalam ditemukan selepas beberapa jam dilarikan oleh empat individu menggunakan kereta jenis Suzuki Swift.
Menurut sumber, mangsa telah ditinggalkan di kawasan bandar Tumpat dan semasa ditemukan dia mengalami kecederaan ringan.
“Mangsa tidak dapat mengecam pelaku (suspek) disebabkan matanya telah ditutup.
“Difahamkan, kesemua suspek bertindak melarikan diri bersama kereta tersebut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Sementara itu Ketua Polis Tumpat Asisten Komisioner Mohd Khairi Shafie ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian.
Katanya, siasatan lanjut berkaitan kes tersebut sedang dijalankan.
Semalam tular, tangkap layar berhubung kejadian seorang lelaki yang didakwa di Palekbang.-UTUSAN