PETALING JAYA: Kos rawatan klinik dan hospital swasta diramal meningkat sehingga 30 peratus berikutan pematuhan paparan harga ubat yang dilaksanakan. Pelaksanaan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 (Akta 723) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menetapkan klinik dan hospital swasta serta farmasi perlu mempamerkan harga ubat yang disediakan. Presiden Persekutuan Persatuan Doktor Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM), Dr. Shanmuganathan T. V. Ganeson berkata, pihaknya menjangka pelaksanaan…