Kelantan sedia ikut jejak Terengganu pasang papan tanda larangan LGBT

Kelantan sedia ikut jejak Terengganu pasang papan tanda larangan LGBT

MOHAMED Fadzli Hassan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan bersedia mengikut jejak langkah pentadbiran Terengganu dengan memasang papan tanda larangan terhadap aktiviti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dalam membangkitkan lagi rasa benci terhadap perlakuan tersebut.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, pihaknya menganggap ia sebagai langkah yang bagus dan kerajaan kita akan lihat perkembangannya secara berterusan. 

“Sekiranya ia menghasilkan natijah yang baik, maka Kelantan mungkin akan turut melaksanakan langkah sebegitu.

“Kita bersependapat dengan Terengganu mengatakan LGBT adalah musuh besar yang menyumbang kepada keruntuhan moral masyarakat,” kataya kepada pemberita ketika ditemui selepas Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Kelantan di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan itu memberitahu, pihaknya turut dimaklumkan budaya LGBTQ turut menjadi penyumbang terbesar kepada masalah kesihatan termasuk penyakit pelamin dan pelbagai lagi.

Terdahulu, media melaporkan Kerajaan Terengganu tidak menafikan mesej pada papan tanda amaran berkaitan amalan homoseksual yang dipasang di bebarapa lokasi strategik di negeri tersebut sememangnya bertujuan menimbulkan rasa benci terhadap budaya tersebut dalam kalangan masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan negeri, Datuk Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, tindakan itu merupakan sebahagian daripada usaha mendidik rakyat Terengganu agar menjauhi perkara yang bertentangan dengan nilai agama serta norma masyarakat.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN