KDN FC masih berhutang empat bulan gaji dengan pemain

KDN FC masih berhutang empat bulan gaji dengan pemain

ROZI Muhamad (tengah) menyampaikan sijil penghargaan kepada rakan stretegik KDN FC semasa Majlis Makan Malam Penghargaan di Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim FC (KDN FC) mengakui masih lagi berhutang empat bulan gaji dengan barisan pemain Liga Super bagi musim 2024/2025.

Presidennya, Rozi Muhamad berkata, KDN FC mengambil serius perkara itu dan mengakui pasukan tersebut mempunyai tunggakan keseluruhan sebanyak tujuh bulan gaji pemain pada musim lalu.

Menurutnya, pengurusan KDN FC telah melakukan beberapa pelan tindakan dalam untuk membayar tunggakan gaji pemain kelab tersebut.

“Setakat ini kita sudah menyelesaikan tiga bulan tunggakan gaji pemain sejak Februari lalu.

“Kita akan membayar tunggakan bulan keempat kepada pemain pada minggu depan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Makan Malam Penghargaan KDN FC di sini sebentar tadi.

Pada majlis itu, Datuk Irwan Rizal Mohd. Ali Napiah turut diumumkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KDN FC yang baharu.

Utusan Malaysia 11 Februari lalu melaporkan, hidup barisan pemain dan kejurulatihan pasukan KDN FC semakin terhimpit apa sudah lima bulan tidak menerima gaji.

Menurut sumber, tunggakan itu bermula dari September 2024 sehingga Januari tahun ini, sekali gus menyumbang kepada kemerosotan prestasi pasukan yang kini berada di tangga tercorot Liga Super.

Katanya, situasi tersebut menyebabkan ada dalam kalangan pemain terpaksa mengeluarkan semua wang simpanan selain terpaksa menebalkan muka meminjam wang untuk meneruskan kelangsungan hidup.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN