JIM Kelantan tumpaskan sindiket penyeludupan PATI

JIM Kelantan tumpaskan sindiket penyeludupan PATI

SEBAHAGIAN PATI yang ditahan JIM Kelantan di Kampung Kubang Sepat, Pasir Mas, Kelantan pagi tadi-IHSAN JIM KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan menumpaskan sindiket penyeludupan selepas menahan enam lelaki yang bertindak sebagai ‘transporter’ termasuk penjaga rumah transit dalam serbuan di Kampung Kubang Sepat, di sini pagi tadi.

Dalam serbuan pukul 5.30 pagi itu, JIM Kelantan turut menahan 41 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Myanmar masing-masing berusia tiga hingga 53 tahun.

Pengarahnya, Mohamed Yusoff Khan Mohd. Hassan berkata, kejayaan itu hasil risikan yang dilakukan selama dua minggu oleh JIM Kelantan.

“Selain itu kita turut menahan lima buah kenderaan dan dua buah motosikal yang dipercayai untuk penyeludupan PATI.

“Kesemua warga asing ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamed Yusoff Khan memberitahu,
enam lelaki tempatan yang ditahan itu disiasat di bawah peruntukan undang-undang yang sama kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan migran secara terancang.

Katanya, kejayaan itu menunjukkan komitmen berterusan JIM dalam membanteras aktiviti penyeludupan migran bagi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN