GAZA: Sekurang-kurangnya 10 hospital dan klinik di Gaza terkena serangan Israel setakat minggu lalu, menyebabkan penutupan penuh serta sebahagian perkhidmatan. Serangan tersebut turut membebankan kemudahan kesihatan yang masih beroperasi di wilayah terkepung itu, lapor akhbar Haaretz. Akhbar harian Israel itu mendakwa, serangan ke atas Hospital Eropah di Khan Younis menandakan permulaan kempen intensif Israel, Operasi Gideon Chariots, yang diluluskan Kabinet Keselamatan pada 4 Mei dan dilancarkan pada 18 Mei lalu.…









