Hospital Putrajaya diiktiraf Hospital Terbaik Dunia 2025

Hospital Putrajaya diiktiraf Hospital Terbaik Dunia 2025

HOSPITAL Putrajaya berjaya menerima pengiktirafan sebagai satu daripada Hospital Terbaik Dunia 2025 oleh majalah Newsweek dan platform statik Statista.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hospital Putrajaya (HPj) berjaya menerima pengiktirafan sebagai satu daripada Hospital Terbaik Dunia 2025 oleh majalah Newsweek dan platform statik Statista.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dalam kenyataan di Facebook berkata, pengiktirafan itu bukan sekadar angka atau gelaran, tetapi cerminan kepada dedikasi doktor, jururawat dan petugas perubatan yang bertungkus-lumus memberikan layanan terbaik kepada pesakit.

“Kejayaan ini milik semua pesakit yang percaya dan memberi sokongan, keluarga yang setia menemani serta masyarakat yang menghargai usaha murni wira kesihatan ini.

“Semoga Hospital Putrajaya terus menjadi lambang kecemerlangan dan inspirasi kepada seluruh institusi perubatan di tanah air,” katanya hari ini.

Semakan menerusi laman Newsweek dan Statista mendapati HPj menduduki tempat ke-29 dengan skor 71.59 peratus.

Turut menerima pengiktirafan sama adalah Hospital Kuala Lumpur (HKL) yang memperoleh skor 84.97 peratus dan berada pada kedudukan keempat dalam kalangan 49 Hospital Terbaik Dunia di Malaysia.

HKL mengetuai hospital awam dalam senarai itu, diikuti Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Hospital Umum Sarawak (HUS) dan HPj.

HKL ditubuhkan pada 1870, beroperasi di kawasan seluas 60 hektar dan menjadi hospital terbesar di bawah Kementerian Kesihatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN