Hasrat pulang beraya tidak kesampaian

Hasrat pulang beraya tidak kesampaian

FATIMAH Abdullah menunjukkan gambar Mohd. Azli Elias yang maut akibat terlanggar lembu ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi, Johor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Hasrat seorang anak mahu pulang bertemu ibu bapanya sempena Aidiladha tidak kesampaian apabila dia maut akibat terlanggar lembu dalam kejadian di Kilometer 3, Jalan Lok Heng-Mawai, malam kelmarin.

Ibu mangsa, Fatimah Abdullah, 65, memberitahu, Mohd. Azli Elias, 47, juga ada memaklumkan mahu membawanya dan suami, Elias Ismail, 81, ke rumah seorang lagi anaknya di Selangor.

Katanya, kali terakhir dia bertemu Allahyarham pada awal Mac lalu sebelum bermulanya Ramadan.

“Waktu Aidilfitri, dia ada hantar WhatsApp memberitahu tidak dapat balik sebab mahu ke Mersing beraya bersama keluarga di sebelah isteri. Lepas itu, hari kedua raya dia mesej saya lagi kata mahu singgah rumah, tetapi saya tiada, kami memang tidak sempat jumpa sepanjang Syawal.

“Dia memang ada beritahu mahu balik pada Aidiladha dan merancang mahu bawa kami berjalan-jalan ke Selangor, ke rumah adiknya menaiki keretanya, namun semuanya tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di Hospital Kota Tinggi (HKT) semalam.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×