KOTA TINGGI: Hasrat seorang anak mahu pulang bertemu ibu bapanya sempena Aidiladha tidak kesampaian apabila dia maut akibat terlanggar lembu dalam kejadian di Kilometer 3, Jalan Lok Heng-Mawai, malam kelmarin. Ibu mangsa, Fatimah Abdullah, 65, memberitahu, Mohd. Azli Elias, 47, juga ada memaklumkan mahu membawanya dan suami, Elias Ismail, 81, ke rumah seorang lagi anaknya di Selangor. Katanya, kali terakhir dia bertemu Allahyarham pada awal Mac lalu sebelum bermulanya Ramadan.…