TUMPAT: Walaupun sudah enam bulan sebahagian rumahnya runtuh akibat dihanyutkan arus deras banjir, ibu tunggal bersama dua anak dan kakaknya yang lembam di Kampung Jubakar Pantai di sini, belum menerima bantuan untuk membina kediaman baharu. Noraini Nawi, 38, berkata, dia dimaklumkan oleh pihak berkenaan namanya sudah ada dalam senarai penerima bantuan rumah, namun sehingga sekarang belum menerima bantuan berkenaan. “Saya masih lagi berlindung di rumah yang runtuh ini, sedangkan jiran-jiran…










