NEW DELHI: Masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sejak beberapa hari lalu giat ‘memujuk’ India dan Pakistan agar kedua-dua pihak segera berundur dari ambang peperangan, selain berusaha meredakan ketegangan yang semakin memuncak. Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres turut menyeru agar kedua-dua pihak bertenang dan mengawal ketegangan yang tercetus bagi mengelak lebih banyak pertumpahan darah. “Dunia tidak mampu menghadapi konfrontasi ketenteraan antara India dan Pakistan,” kata jurucakap Guterres, Stephane Dujarric…










