KUALA LUMPUR: Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) membuka tirai dengan didahului dua mesyuarat persediaan membabitkan pegawai-pegawai tinggi ASEAN. Mesyuarat tersebut adalah Mesyuarat Jawatankuasa Perwakilan Tetap ke ASEAN (CPR) dengan dihadiri oleh wakil-wakil tetap ASEAN, Duta Besar Timor-Leste dan Timbalan Setiausaha Agung Komuniti Politik – Keselamatan ASEAN (APSC) di sebelah pagi. Sebelah petang pula diadakan Mesyuarat Persediaan Pegawai Kanan ASEAN (Prep-SOM), Mesyuarat…