CIDB seru kontraktor PKS sertai Program myDigital Kontraktor

CIDB seru kontraktor PKS sertai Program myDigital Kontraktor

ROFIZLAN Ahmad (dua dari kanan) bersama Ahmad Maslan (tiga dari kiri) merasmikan Program Jelajah Revolusi Pembinaan CR4. 0 dan Pelancaran Mydigital Kontraktor (MDK)  di Dewan Serbaguna Benut, Pontian, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menyeru semua kontraktor terutama perusahaan kecil dan sederhana (PKS) agar merebut peluang untuk menyertai Program myDigital Kontraktor (MDK) sebagai langkah ke arah transformasi digital industri pembinaan negara.

Pengurus Besar Kanan CIDB, Sektor Pembangunan Teknologi dan  Bisnes, Ir. Ts. Rofizlan Ahmad berkata, transformasi digital bukan lagi satu pilihan, sebaliknya satu keperluan mendesak bagi memastikan industri pembinaan kekal berdaya saing dan seiring perkembangan teknologi global.

“Sehingga kini, lebih 6,400 kontraktor telah mendaftar dan menggunakan pelbagai fungsi seperti e-tendering, e-perolehan, e-profiling dan e-invois menerusi platform myDigital Kontraktor.

“Ini merupakan satu perkembangan positif tetapi masih jauh daripada jumlah keseluruhan 130,000 kontraktor berdaftar di Malaysia,” katanya dalam ucapan aluan Program Jelajah Revolusi Pembinaan CR4.0 dan Pelancaran MDK, di Dewan Serbaguna Benut, di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Kerja Raya serta CIDB Malaysia.

Rofizlan berkata, industri pembinaan merupakan antara pemacu utama ekonomi negara, namun majoriti syarikat masih beroperasi secara konvensional.

Katanya, kebergantungan kepada cara kerja lama dan tenaga kerja kurang mahir menyebabkan sektor pembinaan kekal dengan produktiviti yang rendah berbanding sektor lain.

“Data menunjukkan 90 peratus syarikat dalam sektor ini terdiri daripada PKS. Justeru, kejayaan transformasi digital sangat bergantung kepada penglibatan aktif kontraktor kecil dan sederhana ini.

“CIDB amat komited membantu mereka mengadaptasi teknologi, termasuk memberi latihan dan sokongan teknikal menerusi CIDB E-Construct,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya