Cadangan MCA bubar masuk DAP tidak mungkin berlaku

Cadangan MCA bubar masuk DAP tidak mungkin berlaku

ANTHONY LOKE SIEW FOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tidak ada kemungkinan untuk MCA dibubarkan dan kemudiannya menyertai DAP.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, cadangan mengenai perkara itu hanya dilontarkan dan merupakan pandangan peribadi Ahli Parlimen Kampar, Chong Zhemin.

“Bagi saya perkara itu tidak timbul. Secara terus terang saya katakan itu pandangan beliau sahaja. Beliau boleh beri pandangan tapi bagi saya yang pertamanya, ini bukan pendirian parti dan yang kedua saya tidak nampak ada kemungkinan seperti itu,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Seremban berkata demikian selepas Majlis Minum Petang Bersama Pelajar Cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia 2024 Parlimen Seremban hari ini.

Semalam media melaporkan, Zhemin menyarankan supaya MCA dibubarkan dan menyertai DAP sekiranya masih berhasrat memperjuangkan nilai majmuk, keadilan dan kemajuan sejati di negara ini. Zhemin merupakan Pengarah Pendidikan Politik DAP Perak.

Anthony Loke yang juga Menteri Pengangkutan sementara itu berkata, kerajaan bercadang mewujudkan perkhidmatan kereta api kargo yang menghubungkan terus Kuala Lumpur ke Bangkok di Thailand.

Katanya, perkhidmatan berkenaan bertujuan meningkatkan perdagangan antara kedua-dua negara sekali gus mengintegrasikan ekonomi ASEAN.

Tambah beliau, perkara itu juga telah dipersetujui oleh Kabinet dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyokong penuh usaha berkenaan yang dijangka dapat dimulakan tahun ini.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya