IPOH: Sikap segelintir pengguna Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli yang memberi dan meninggalkan buah-buahan di tepi jalan untuk dimakan haiwan liar khususnya gajah amat dikesali. Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, tindakan tersebut membahayakan kerana ia boleh mengubah tabiat gajah yang akan kerap berada di tepi jalan kerana percaya makanan akan disediakan. Beliau memberi contoh sekumpulan monyet yang berada di beberapa kawasan tepi jalan juga adalah disebabkan manusia kerap memberi…