PUTRAJAYA: Seorang lagi bekas ketua pegawai ekskutif (CEO) yang disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu berjumlah kira-kira RM360 juta ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam. Perintah reman selama tiga hari sehingga 5 Mei ini (esok) terhadap lelaki tersebut dikeluarkan Pendaftar Eleanor Mako Timothy selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi. Menurut sumber, suspek berusia sekitar 40-an itu ditahan kira-kira pukul 11 malam semalam…