‘Baiki segera sebelum malapetaka menimpa’

‘Baiki segera sebelum malapetaka menimpa’

BEBERAPA penduduk menunjukkan runtuhan cerun yang menyebabkan kerosakan pada pagar kediaman di Rini Homes 7, Iskandar Puteri, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kira-kira 5,000 penduduk di Rini Homes 7, di sini hidup dalam kebimbangan susulan kejadian tanah runtuh di lereng bukit berhampiran dengan tangki air Mutiara Rini 2, minggu lalu.

Seorang penduduk, Najib Suhaimi, 37, berkata, insiden bermula dengan pergerakan tanah di lereng bukit itu pada Mac lalu dan keadaan bertambah buruk pada 27 April lalu apabila struktur batuan cerun itu merekah lalu runtuh selepas hujan lebat.

“Pada malam kejadian, isteri saya terdengar bunyi dentuman yang kuat dari kawasan lereng bukit itu sebelum mendapati struktur itu telah pecah dan menggelongsor.

“Kejadian menyebabkan kami sekeluarga panik dan jika berlaku lagi runtuhan selepas ini, ada risiko tangki air di atas bukit itu pecah, situasi itu amat membimbangkan kerana rumah saya paling hampir,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Rini Homes 7, G. Vethavalli, 41, berkata, aduan rasmi telah dibuat penduduk kepada pihak berwajib.

“Kawasan runtuhan bertambah buruk sehari kemudian apabila struktur itu terus menggelongsor sehingga menyebabkan berlakunya kerosakan pada pagar di lereng tersebut,” katanya.

Tambahnya, ramai penduduk di situ bekerja di Singapura dan masing-masing bimbang tentang keselamatan keluarga sekiranya musibah berlaku ketika sedang bekerja.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya