KUALA LUMPUR: ASEAN bersetuju untuk segera melaksanakan Konsensus Lima Perkara secara menyeluruh bagi menyelesaikan konflik kemanusiaan dan politik yang berlarutan di Myanmar sejak lebih empat tahun lalu. Desakan itu disuarakan dalam perbincangan tidak rasmi Menteri-Menteri Luar ASEAN yang menyifatkan konsensus tersebut sebagai satu kerangka utama yang telah dipersetujui oleh para pemimpin untuk mencapai keamanan dan perdamaian berkekalan di Myanmar. Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan berkata, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama rakan sejawatnya dari Thailand, Maris Sangiampongsa, baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke Naypyidaw dan menjalankan perbincangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya