WASHINGTON: Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia (HHS) Amerika Syarikat (AS) mengumumkan penamatan geran persekutuan bernilai AS$60 juta (RM257 juta) kepada Universiti Harvard kerana gagal menangani gangguan antisemitik dan diskriminasi etnik di kampus. Pentadbiran Presiden AS, Donald Trump, turut membekukan atau menamatkan geran dan kontrak persekutuan untuk universiti tersebut yang bernilai hampir AS$3 bilion dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Sejak memegang jawatan pada Januari, presiden dari parti Republikan itu berusaha menggunakan dana penyelidikan persekutuan untuk merombak dunia akademik AS, yang menurutnya dikuasai oleh ideologi anti-Amerika, Marxis dan radikal kiri. Pentadbiran Trump…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya