TRIPOLI: Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Tripoli menafikan laporan yang mendakwa Washington sedang merancang untuk memindahkan rakyat Palestin dari Gaza ke Libya. Khamis lalu, NBC News melaporkan pentadbiran Presiden Donald Trump sedang merangka pelan untuk memindahkan sehingga satu juta rakyat Palestin dari Gaza ke Libya secara tetap. Laporan itu memetik lima sumber yang dikatakan mempunyai maklumat mengenai perkara tersebut, termasuk dua individu yang terlibat secara langsung dan seorang bekas pegawai…