PETALING JAYA: Sebanyak 23,149 unit kediaman pelbagai kategori yang siap dibina bernilai RM13.94 bilion masih tidak terjual sehingga akhir tahun 2024. Kondominium dan apartmen membentuk 60.5 peratus daripada jumlah kediaman siap dibina tidak terjual menjadikannya jenis rumah yang tertinggi tidak terjual. Rumah teres dua tingkat pula mencatatkan 13.8 peratus daripada jumlah keseluruhan unit tidak terjual sepanjang tempoh sama. Dari segi harga pula, rumah berharga RM200,000 hingga RM300,000 paling tinggi tidak terjual melibatkan sebanyak 5,374 unit, diikuti kediaman berharga RM300,000 hingga RM400,000 (3,863 unit) dan kediaman bernilai RM500,000 hingga RM600,000 (2,902…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya