WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dengan bangga mendakwa rakan bilionairnya meraih keuntungan besar di pasaran saham selepas beliau menggantung sebahagian besar tarifnya di seluruh dunia. Pasaran saham melonjak pada Rabu lalu, sebaik sahaja Trump membatalkan pelaksanaan tarif tersebut. “Ini adalah masa yang baik untuk membeli,” kata Trump di Truth Social sejurus selepas pasaran dibuka dan mengumumkan penggantungan levi selama 90 hari, hanya empat jam setelah tarif timbal balas…











