Tiga sahabat berkongsi bayar yuran tuisyen

Tiga sahabat berkongsi bayar yuran tuisyen

LEPASAN SPM 2024 yang berjaya dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam serta memenuhi syarat yang ditetapkan boleh membuat permohonan program itu mulai 19 Mei hingga 25 Mei ini.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Saling membantu, tiada hasad dengki dan sentiasa mendoakan kejayaan antara satu sama lain menjadi kunci kejayaan tiga sahabat dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Habab di sini, yang berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024.

Nur Alya Mohd. Rizel, 18, berkata, dia dan dua sahabatnya, Noor Farisha Ramadhani Shahir, 18, dan Nureen Zulaikha Balqis Ibrahim, 18, selalu belajar bersama malah mengamalkan doa khusus dengan menyebut nama penuh sahabat masing-masing agar sama-sama beroleh kejayaan.

“Kami sering belajar secara berkumpulan, sama ada di rumah saya atau rumah kawan. Jika ada antara kami lebih mahir dalam satu subjek, dia akan bantu,” katanya ditemui di sini semalam.

Bagi Noor Farisha pula, semangat setiakawan mereka sangat tinggi, hingga sanggup berkongsi wang bagi membayar yuran tuisyen Matematik Tambahan yang dikendalikan secara dalam talian oleh guru dari Kuala Lumpur.

“Kami kongsi lebih RM300 untuk kelas itu dan sama-sama ulang kaji melalui rakaman video. Saya juga sering berdoa dalam sujud agar kami semua berjaya. Alhamdulillah, Tuhan makbulkan,” katanya.

Sementara itu, Nureen Zulaikha Balqis pula berkata, ketika berada di dalam kelas, mereka juga saling duduk berdekatan agar mudah membantu di antara satu sama lain.

“Ini impian kami sejak awal iaitu untuk berjaya bersama-sama, segala penat lelah akhirnya terbalas,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN