Tarif Trump: China persenda nasib rakyat AS melalui video AI

Tarif Trump: China persenda nasib rakyat AS melalui video AI

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah video baharu yang dijana kecerdasan buatan (AI), dipercayai dicipta oleh seorang TikToker dari China, menggambarkan keadaan Amerika Syarikat (AS) yang menyedihkan akibat tarif dikenakan Presiden Donald Trump.

Video itu memaparkan warga Amerika yang berbadan besar bekerja di kilang dan bengkel dengan muzik Cina yang suram dimainkan sebagai latar.

Setiap ‘Amerika’ dalam video itu kelihatan tertekan dan keletihan akibat jumlah kerja yang banyak, memupuk banyak stereotaip mengenai etika kerja negara tersebut.

Klip video itu berakhir dengan menyindir slogan kempen Trump, memaparkan perkataan ‘Make America Great Again’.

Video berdurasi 32 saat tersebut memberi tumpuan kepada pekerjaan pembuatan yang berpindah ke luar negara dalam beberapa dekad terakhir, tetapi mungkin kembali ke AS berikutan kegilaan tarif Trump.

Video yang memalukan dan mempersendakan warga Amerika itu dimuat naik oleh pengguna TikTok, Ben Lau, baru-baru ini.

Penghinaan seperti video viral itu mula tersebar dalam talian di tengah pertempuran tarif antara Washington dan Beijing, dengan kedua-dua pihak mengancam mengenakan caj tinggi terhadap barangan yang diimport.- AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×