Sekolah agama di Melaka catat pencapaian terbaik sejak 2013

Sekolah agama di Melaka catat pencapaian terbaik sejak 2013

RAHMAD Mariman (depan, dua, kiri) ketika mengadakan sidang akhbar keputusan SPM 2024 yang di Jabatan Pendidikan Negeri di Bukit Beruang, Melaka semalam.-UTUSAN/AMRAN ALI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sekolah aliran agama di Melaka menca­tatkan pencapaian cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diumumkan semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, daripada 18 buah sekolah di Melaka yang mencatatkan keputusan 100 peratus layak me­nerima sijil, 10 daripada­nya adalah sekolah aliran agama.

Menurutnya, ia sekali gus menjadi antara pe­nyumbang utama kepada peningkatan prestasi ne­geri itu secara keseluruhan.

“Ini adalah pencapaian yang sangat membanggakan dan membuktikan sekolah agama tidak lagi dilihat ketinggalan, malah mampu bersaing dan mengatasi sekolah aliran lain dalam akademik.

“Antara sekolah agama yang tersenarai sebagai sekolah cemerlang termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sharifah Rodziah, SMKA Sultan Muhammad, Sekolah Menengah Agama JAIM Al Ahmadi, SMA JAIM Al-Asyraf, SM Agama Al-Ehya Al-Karim dan SM Arab JAIM Darul Falah,” katanya pada sidang akhbar pengumuman keputusan SPM Negeri Melaka di Jabatan Pendidikan Negeri Melaka di Bukit Beruang di sini semalam.

Menurut Rahmad, keputusan keseluruhan menunjukkan Melaka mencatat Gred Purata Negeri (GPN) sebanyak 4.43 berbanding 4.59 pada tahun 2023, iaitu peningkatan sebanyak 0.16 mata sekal igus pencapaian terbaik sejak tahun 2013.

“Peningkatan prestasi turut dicatat oleh sekolah luar bandar, dengan enam buah sekolah menunjukkan peningkatan signifikan, manakala daerah Jasin mencatat peningkatan GPN tertinggi dengan 4.10, diikuti Melaka Tengah (4.38) dan Alor Gajah (4.82).

“Usaha ini bukan datang sekelip mata, ia adalah hasil kerjasama berterusan sekolah, NGO dan kerajaan negeri yang sentiasa memberikan sumbangan serta inisiatif memperkukuhkan sistem pendidikan termasuk sekolah agama,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya