Rumah ibadat diroboh jika masih tidak dikosongkan

Rumah ibadat diroboh jika masih tidak dikosongkan

Tarif Selangor
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SABAK BERNAM: Kerajaan Se­langor akan merobohkan struktur sebuah rumah ibadat peribadi yang dibina di tapak cadangan pembinaan Masjid Dengkil jika masih gagal dikosongkan dalam tempoh ditetapkan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu isu itu segera diselesaikan bagi kepentingan umat Islam di kawasan tersebut.

“Mengikut titah Tuanku (Sul­tan Selangor), kami akan mengambil tindakan dalam tempoh sebulan bagi menyelesaikan isu ini. Pemilik rumah ibadat itu sudah bersetuju untuk mengosongkan kawasan berkenaan.

“Ia hanya tempat ibadat peribadi dan bukannya rumah ibadat yang berdaftar maka tidak wajar didirikan di atas tanah yang telah diperuntukkan untuk pembinaan masjid bagi manfaat komuniti Islam setempat,” katanya.

Beliau ditemui pada majlis Tautan Kasih Komuniti Sabak Bernam di Bagan Nakhoda Omar, Sungai Air Tawar di sini semalam.

Tambah beliau, pihaknya memberi jaminan akan memastikan sebarang isu berkaitan sensitiviti agama ditangani secara berhemah.

“Kita tegas dalam isu ini namun keharmonian kaum dan agama akan terus terpelihara,” katanya.

Sementara itu Exco Kemajuan Desa, Perpaduan dan Pengguna negeri, Datuk Rizam Ismail berkata, tiada sebarang isu perpaduan timbul setakat ini dan diharap dapat diselesaikan de­ngan sebaik mungkin.

Kelmarin media melaporkan Jabatan Agama Islam Selangor akan memastikan tindakan bagi pengosongan tanah seluas empat hektar itu selepas diceroboh pihak tidak bertanggungjawab dengan membina kuil dan to­kong.

Pengarahnya, Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad menegaskan tindakan itu dilakukan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Sepang selaras titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bahawa semua tanah di bawah kelolaan JAIS perlu dijaga daripada pencerobohan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN