KOTA BHARU: Perjalanan proses Pemilihan Keadilan Cabang Ketereh 2025 berjalan lancar apabila 1,048 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menunaikan tanggungjawab menentukan kepimpinan partu itu hari ini.
Daripada jumlah itu, 877 ahli mengundi secara dalam talian manakala selebihnya mengundi secara fizikal di Citra Kadok Hotel & Banquet Hall.
Pemilihan berkenaan bagi merebut jawatan Ketua Cabang, Timbalan, Naib dan Ahli Jawatankuasa termasuk sayap Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita.
Sementara itu, seorang pengundi
Ismarudy Ismail, 53, memberitahu, ini kali pertama melaksanakan tanggungjawab mengundi dan kaedah pengundian secara dalam talian serta fizikal amat memudahkan pengundi.
“Kedua-dua kaedah pengundian ini mempunyai kelebihan masing-masing di mana pengundian secara dalam talian akan membantu pengundi yang tidak dapat hadir ke tempat mengundi.
“Manakala proses pengundian secara fizikal juga lancar , cuma di masa akan datang, saya sarankan agar lebih ramai petugas ditempatkan untuk pendaftaran bagi melancarkan proses pengundian,” ujarnya.-UTUSAN