Penumpang Air India kencing pada ahli perniagaan Jepun

Penumpang Air India kencing pada ahli perniagaan Jepun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Insiden memalukan sekali lagi mencemarkan nama Air India, apabila seorang penumpang dilaporkan membuang air kecil ke atas penumpang lain, kejadian kali kedua dalam tempoh dua tahun setengah.

Insiden itu disahkan berlaku pada 9 April, di bahagian kelas perniagaan penerbangan AI2336 dari New Delhi ke Bangkok, menurut syarikat berkenaan.

Air India turut memaklumkan bahawa siasatan sedang dijalankan.

Menurut laporan media India, NDTV, seorang warga India berusia 24 tahun, yang dipercayai dalam keadaan mabuk, membuang air kecil ke atas seorang ahli perniagaan dari Jepun.

Lelaki warga Jepun tersebut dilaporkan kekal tenang sepanjang insiden berlaku, sementara kru kabin memberikan tuala dan mengiringinya ke tandas untuk menukar pakaian.

Penumpang terbabit juga enggan meneruskan tindakan lanjut kerana tidak mahu membuang masa sebaik tiba di destinasi.

Pegawai syarikat penerbangan itu berkata, pelaku dipindahkan ke tempat duduk lain berulang kali memohon maaf kepada penumpang terjejas.

Syarikat penerbangan itu juga melaporkan kejadian kepada pengawal selia penerbangan awam India, menurut akhbar The Indian Express.

Ia turut mengumumkan satu jawatankuasa bebas ditubuh bagi menyemak insiden itu dan menentukan sama ada perlu diambil tindakan lanjut terhadap penumpang berkenaan, yang kini digantung daripada menaiko penerbangan Air India selama 30 hari.

Pada 2023, Air India pernah didenda sebanyak tiga juta rupee (RM155,452) kerana mengendalikan insiden sama pada November 2022.

Laporan polis dibuat dua bulan selepas kejadian, iaitu selepas mangsa – wanita berusia 72 tahun – memfailkan aduan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN