Penduduk persoal status projek di lokasi kejadian

Penduduk persoal status projek di lokasi kejadian

Saliran alternatif
KEADAAN kawasan kejadian kebakaran paip gas di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, Subang Jaya ketika tinjauan Utusan Malaysia. - UTUSAN/AMIR KHALID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Para penduduk Taman Putra Harmoni di sini mempersoalkan status projek pembangunan lot pejabat berhampiran lokasi kejadian paip gas meletup kelmarin yang masih terus dibangunkan meskipun sudah melebihi masa ditetapkan.

Menurut seorang penduduk, Nazira Abdul Aziz, 36, projek berkenaan sepatutnya siap pada Disember tahun lalu seperti dinyatakan di papan tanda pembangunan tersebut namun kerja-kerja pembinaan rancak berjalan sehingga kejadian berlaku.

“Kami penduduk di sini berasa hairan mengapa masih terdapat projek yang dijalankan di sini walaupun sudah lebih masa. Cakap siap Disember, tetapi sehingga Mac masih berlangsung kerja-kerja pembangunan.

“Semakin lama semakin ba­nyak lot kedai dibangunkan di kawasan terbabit, ia amat merisaukan kami,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam.

Menceritakan kejadian itu, Nazira berkata, dia melarikan diri ketika kejadian semalam bersama dua anaknya di hutan berhampiran selepas jalan utama melalui pintu masuk kawasan perumahan tersebut sesak apabila penduduk meninggalkan kawasan itu.

“Kami terpaksa menggunakan laluan hutan untuk menyelamatkan diri. Akibat daripada mengikut laluan itu, kami mengalami kesan luka dan lebam,” katanya.

Dalam pada itu, Donovan Matthew, 37, berkata, dia hairan mengapa masih belum ada kontraktor mahupun pemaju tampil menjelaskan keadaan sebenar kepada penduduk meskipun banyak kemusnahan harta benda berlaku.

“Bukan hanya di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), ada juga penduduk yang menanti di hadapan jalan masuk sejak kejadian pagi semalam untuk menerima apa-apa perkembangan, namun hampa,” katanya.

Katanya, dia mendengar letupan pada pukul 8 pagi itu se­perti bunyi pesawat terhempas bersebelahan rumahnya dan juga menggunakan laluan alternatif hutan untuk menyelamatkan diri.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN