Penduduk boleh pulang jika kualiti udara selamat - Utusan Malaysia

Penduduk boleh pulang jika kualiti udara selamat

ANFAAL Saari ketika ditemui di PPS Masjid Putra Heights Subang Jaya, Selangor, semalam.-UTUSAN/ISKANDAR ISHAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Penduduk yang terjejas di Kampung Kuala Sungai Baru dan Taman Putra Harmoni, Putra Heights akibat insiden letupan paip gas boleh dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas tahap kualiti udara disahkan benar-benar selamat.

Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari berkata, terdapat kes mangsa yang kembali semula ke pusat pemindahan sementara (PPS) namun selepas itu anaknya mengalami masalah pernafasan dipercayai akibat kesan pencemaran walaupun 130 buah rumah sudah mendapat kelulusan teknikal untuk diduduki.

“Sejak Jumaat lalu, sebanyak 130 rumah yang mendapat kebenaran daripada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk didiami. Pihak TNB juga ada menyalurkan semula bekalan elektrik di beberapa kawasan.

“Setiap rumah perlu dipastikan mendapatkan bekalan elektrik dan air yang sempurna sebelum boleh diduduki. Bukan sahaja daripada aspek teknikal, tetapi daripada aspek alam sekitar.

“Kawasan perumahan di Kampung Kuala Sungai Baru, infrastrukturnya lebih kritikal berbanding di Taman Putra Harmoni,” katanya selepas melawat mangsa di PPS Masjid Putra Heights, di sini semalam.

Baru-baru ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan sebanyak 130 keluarga daripada keseluruhan 235 kediaman yang telah diperiksa dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing selepas kawasan mereka disahkan selamat.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya