Pelancong 'Mat Saleh' teruja redah enam jeram

Pelancong ‘Mat Saleh’ teruja redah enam jeram

SEKUMPULAN pelancong berhenti di tepi Sungai Tembeling untuk menikmati keindahan alam sekitar di Jeram Perahu, Ulu Tembeling, Jerantut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Cabaran meredah kawasan laluan bertingkat dan berbatu dikenali sebagai jeram Sungai Tembeling menjadi tarikan kepada pelancong asing untuk melakukan aktiviti rekreasi dan riadah di Taman Negara dan Ulu Tembeling di sini.

Terdapat enam jeram di laluan sejauh kira-kira 100 kilometer bermula dari Jeram Perahu, Ulu Tembeling ke Kuala Tembeling yang memang dikenali bukan sahaja sebagai aktiviti rekreasi tetapi wujud kesan sejarah di situ.

Selain Jeram Perahu, jeram lain ialah Jeram Ampai, Jeram Dedari, Jeram Panjang, Jeram Nusa dan Jeram Terenggan yang cukup mencabar serta dikenali ramai dalam kalangan pelancong.

Bekas pemandu pelancong, Zamri Mat Ami berkata, aktiviti kawasan jeram itu amat mengujakan pelancong ‘Mat Saleh’.

“Mereka dalam bot pasti basah kuyup apabila terkena air sungai ketika melalui alur jeram yang sempit, berbatu dan berombak.

“Percikan air yang masuk ke tempat duduk penumpang berlaku ketika air sungai naik pada musim hujan dan aluan jeram yang agak jauh, sempit serta berombak.

“Lokasi jeram yang sangat mencabar, iaitu di Jeram Nusa dan Jeram Panjang antara laluan mudik sera menghilir bot penambang ke kawasan Ulu Sungai Tembeling memang mengujakan,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kuala Tahan, semalam.

Menurut Zamri, aktiviti di laluan jeram bukan sahaja mencabar dan ‘menakutkan’ bagi pelancong yang pertama kali menaiki bot penambang, malah kebanyakannya berpeluang mengisi lensa kamera dengan pemandangan indah di kiri kanan sungai dipenuhi dengan flora serta fauna.

Sementara itu, pelancong dari Jerman, Emico Webechorst berkata, sudah dua kali dia mengunjungi Taman Negara dan aktiviti yang digemarinya adalah menaiki bot di laluan jeram sepanjang Sungai Tembeling.

“Paling seronok apabila melalui Jeran Nusa dan Jeram Panjang, pakaian kami basah kuyup kerana percikan air sungai dan kadangkala ada ‘ombak’ yang kuat ketika melalui laluan berbatu. Inilah pengalaman yang jarang saya temukan di tempat lain,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya