SEOUL: Song Ji Hyo sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila secara bersahaja memanggil Kim Jong Kook ‘Sayang’.
Perkara itu dirakam dalam episod terbaharu program popular, Running Man yang dijadualkan bersiaran hari ini.
Dalam episod itu, peserta Running Man bersaing dalam perlumbaan bertemakan “Merchant War: Live to Live”, di mana mereka dikehendaki membeli barangan tertentu dan menjualnya semula pada harga lebih tinggi.
Mereka dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang berkeliaran di Seongsu-dong serta Dongdaemun untuk membeli-belah.
Ketika itulah dengan bersahaja, Song Ji Hyo memanggil Kim Jong Kook “Honey~” menyebabkan Kim Jong Kook terkejut.
Peserta lain melontarkan soalan nakal seperti, “Apa cerita dengan kamu berdua?!”, menambahkan lagi kehangatan suasana.
Interaksi spontan itu kembali mencetuskan perhatian terhadap ‘Kkongmung Couple’, gelaran lama untuk pasangan ini yang pernah digosipkan suatu ketika dahulu.
Peminat kini tertanya-tanya sama ada hubungan istimewa yang sekian lama “senyap” antara dua bintang ini akan kembali mekar atau sekadar mainan mesra di kaca televisyen.
Running Man sehingga kini telah bersiaran sebanyak 749 episod.