Ops Tunggak, JPJ Kelantan pungut saman RM76,950 - Utusan Malaysia

Ops Tunggak, JPJ Kelantan pungut saman RM76,950

MOHD. Misuari Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan berjaya mengutip saman Ops Tunggak sebanyak RM76,950 ke atas kenderaan Thailand yang masuk dan melakukan kesalahan lalu lintas di negeri ini sepanjang Januari hingga Mac lalu.

Pengarahnya Mohd. Misuari Abdullah berkata, jumlah kutipan itu melibatkan 277 saman yang telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.

Menurutnya, tidak mempunyai, mempamer dan menyerahkan Permit Edaran Antarabangsa (ICP), tiada lesen memandu kompeten (CDL) dan lain-lain kesalahan teknikal antara kesalahan dilakukan oleh pemandu Thailand.

“Pemantauan dan operasi sentiasa dijalankan sama ada pada hari biasa atau musim perayaan bagi mengambil tindakan terhadap kenderaan Thailand yang menyalahi undang-undang.

“Operasi yang diadakan itu bukan sekadar mengesan kesalahan, tetapi sebagai langkah pencegahan untuk mendidik pemandu asing mengikut peraturan yang ditetapkan,” katany a kepada pemberita di sini hari ini.

Misuari memberitahu, sebanyak 11,678 kenderaan Thailand direkodkan keluar dan masuk melalui tiga pintu sempadan utama di negeri ini sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 baru-baru ini.

Katanya, jumlah itu melibatkan sebanyak 6,172 kenderaan masuk dan 5,506 kenderaan keluar melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kurantin dan Keselamatan (ICQS), Rantau Panjang, Pengkalan Kubor dan Bukit Bunga.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya