Mahkamah bebaskan wanita mencuri kerana kesempitan hidup

Mahkamah bebaskan wanita mencuri kerana kesempitan hidup

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang sebelum ini dihukum penjara dua bulan atas kesalahan mencuri barangan keperluan asas pada 19 April lalu telah dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Perkara itu selepas Hakim, K. Muniandy membuat semakan terhadap hukuman tertuduh, Lini Ahmat, 38, untuk mengurangkan hukuman yang diputuskan Mahkamah Majistret pada 21 April lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Izalina Abdullah berkata, hukuman penjara yang diberikan adalah berat dan memohon pertimbangan mahkamah.

“Mengikut trend hukuman semasa, hukuman itu agak berlebihan. Oleh itu mahkamah diminta untuk mempertimbangkan semula keputusan yang telah diberikan,” katanya.

Peguam bela dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Collin Andrew memohon agar mahkamah memberikan peluang kedua kepada anak guamnya memandangkan itu kesalahan pertama.

“Tertuduh mempunyai dua orang anak, masing-masing enam tahun dan enam bulan yang masih lagi perlukan penjagaan daripada ibu mereka.

“Tertuduh juga telah berada di penjara selama enam hari dan saya yakin, tempoh itu sudah cukup untuk membuatkan tertuduh insaf dan tidak mengulangi lagi,” kata peguam itu.

Mendengar kedua-dua hujahan, mahkamah memutuskan bahawa hukuman enam hari penjara sudah memadai kerana tertuduh mencuri kerana terdesak dan tertuduh dibebaskan semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan seorang ibu dihukum penjara dua bulan oleh Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mencuri kerana tekanan kewangan untuk menanggung keluarga.

Dia didakwa mencuri 30 jenis barangan termasuk makanan ringan, produk penjagaan diri dan keperluan harian antaranya roti, telur, biskut, susu soya, tisu dan
ubat gigi berjumlah RM374.69 di sebuah pasar raya di Brickfields di sini pada 19 April lalu.

Menurut peguam be a tertuduh, pihaknya memohon hukuman ringan dikenakan atas alasan anak guamnya terpaksa melakukan kesalahan itu akibat
tekanan kewangan dan menanggung anak serta bapa uzur berumur 76 tahun.

Katanya, tertuduh berada dalam keadaan terdesak dan tidak mempunyai wang untuk membeli barangan keperluan asas.

Pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen dan kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya