Korea Utara mengaku hantar tentera bantu Russia

Korea Utara mengaku hantar tentera bantu Russia

GAMBAR dikeluarkan Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) menunjukkan tentera Korea Utara mengambil bahagian dalam latihan di pangkalan operasi khas yang tidak didedahkan lokasi.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PYONGYANG: Korea Utara mengesahkan menghantar tentera untuk berperang bersama Russia buat pertama kali dalam peperangan menentang Ukraine atas arahan pemimpinnya, Kim Jong-un.

Pyongyang turut menyatakan peranannya dalam membantu Moscow merampas semula wilayah Russia yang diduduki Ukraine.

Agensi berita rasmi KCNA memetik kenyataan pemerintah Korea Utara melaporkan, kemenangan dalam pertempuran membebaskan wilayah Kursk di Russia menunjukkan tahap strategik tertinggi kerjasama ketenteraan yang kukuh antara Korea Utara dan Russia.

Minggu lalu, Russia mendakwa tentera Ukraine dihalau keluar dari kampung terakhir yang ditawan, walaupun Kyiv menafikannya dan menyatakan pasukan mereka masih beroperasi di Belgorod, wilayah Russia lain yang bersempadan dengan Ukraine.

Suruhanjaya Tentera Pusat Parti Pekerja Korea Utara menyatakan Jong-un membuat keputusan menghantar tentera berdasarkan perjanjian perkongsian strategik menyeluruh yang ditandatangani bersama Presiden Vladimir Putin tahun lalu.

“Di bawah arahan ketua negara, unit-unit angkatan bersenjata republik ini menganggap wilayah Russia sebagai sebahagian daripada tanah air mereka dan membuktikan pakatan kukuh antara kedua-dua negara,” kata agensi berita KCNA memetik kenyataan suruhanjaya itu.

“Mereka yang berjuang demi keadilan adalah wira dan mewakili maruah tanah air,” kata Kim Jong-un seperti dipetik KCNA.

Laporan itu turut menambah, Korea Utara menganggap memiliki pakatan dengan kuasa besar seperti Russia sebagai satu penghormatan.

Pegawai Ukraine berkata Korea Utara telah menghantar kira-kira 14,000 tentera secara keseluruhan, termasuk 3,000 anggota tambahan untuk menggantikan kehilangan nyawa.

Walaupun kekurangan kenderaan berperisai dan pengalaman dalam peperangan dron, mereka mengalami korban yang besar namun cepat menyesuaikan diri.

Russia pada Sabtu lalu buat pertama kali mengesahkan tentera Korea Utara telah berperang bersama pasukan Russia di Kursk.

Sebelum ini, kedua-dua Russia dan Korea Utara tidak mengesahkan atau menafikan penghantaran tentera tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN