PYONGYANG: Korea Utara mengesahkan menghantar tentera untuk berperang bersama Russia buat pertama kali dalam peperangan menentang Ukraine atas arahan pemimpinnya, Kim Jong-un. Pyongyang turut menyatakan peranannya dalam membantu Moscow merampas semula wilayah Russia yang diduduki Ukraine. Agensi berita rasmi KCNA memetik kenyataan pemerintah Korea Utara melaporkan, kemenangan dalam pertempuran membebaskan wilayah Kursk di Russia menunjukkan tahap strategik tertinggi kerjasama ketenteraan yang kukuh antara Korea Utara dan Russia. Minggu lalu, Russia mendakwa tentera Ukraine dihalau keluar dari kampung terakhir yang ditawan, walaupun Kyiv menafikannya dan menyatakan pasukan mereka masih beroperasi di…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya