ANTALYA: Penyelaras Suruhanjaya Eropah (EU) untuk memerangi kebencian anti-Muslim mendedahkan perkauman dan Islamofobia dilihat semakin meningkat di beberapa negara anggota. Marion Lalisse berkata, suruhanjaya itu sedar jenayah kebencian anti-Muslim meningkat, merujuk 140 peratus di Jerman sejak 7 Oktober 2023, serangan Hamas di Israel diikuti pembunuhan beramai-ramai rejim terhadap rakyat Palestin di Gaza. “Jelas, anda boleh mempunyai pandangan tentang agama atau politik, tetapi anda tidak boleh menghasut kebencian terhadap sekumpulan individu…