Ikhwanul Hakim pecah rekod sekolah raih 11A+ spm

Ikhwanul Hakim pecah rekod sekolah raih 11A+ SPM

MUHAMMAD Ikhwanul Hakim Noor Azlan (dua kiri) di samping ibu, Noraini Endot dan abang serta kakaknya, Nurul Izzati dan Muhammad Azizi Hakim ketika ditemui di SBP Integrasi Kubang Pasu, Kedah, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUBANG PASU: Solat sunat taubat dan hajat menjadi amalan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang meraih keputusan cemerlang 11A+, sekali gus memecah rekod sekolahnya sejak enam tahun lepas.

Muhammad Ikhwanul Ha­kim Noor Azlan, 18, dari Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Integrasi Kubang Pasu memberitahu, kedua-dua solat sunat itu dilakukan setiap pagi sepanjang berada di tingkatan lima termasuk bacaan Yasin ketika menduduki peperiksaan.

“Saya tidak pernah ketinggalan menunaikan solat sunat ini. Semasa periksa, saya baca Yasin selepas Maghrib setiap malam. Apa yang saya lakukan adalah untuk memohon daripada Allah SWT supaya hajat saya dimakbulkan.

“Alhamdulillah, saya dapat beri 11 A+ untuk keluarga dan sekolah saya yang sudah enam tahun tidak mendapat keputusan seperti ini,” katanya ditemui di sekolah itu di Bukit Kayu Hitam, di sini semalam.

Muhammad Ikhwanul Ha­kim dari Gurun, merupakan seorang daripada 14 calon SPM 2024 yang memperoleh keputusan cemerlang antara 9A+ hingga 11A+ dari seluruh negeri ini.

Anak pesara guru itu memberitahu, selain mata pelajaran teras, dia turut mencabar diri untuk mengambil dua lagi subjek tambahan iaitu Pendidikan al-Quran dan Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah.

Jelasnya yang ingin menceburi bidang kecerdasan buatan (AI), dia juga fokus kepada pembelajaran dalam kelas serta sering mengadakan ulangkaji berkumpulan bersama kawan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN