Golongan berusia 18-45 tahun disaran sertai Skuad Anti Dadah - Utusan Malaysia

Golongan berusia 18-45 tahun disaran sertai Skuad Anti Dadah

SKUAD AADK Perlis Selatan merakamkan gambar bersama sewaktu Program Hiking di Bukit Jernih, Padang Besar, Perlis, semalam -UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seluruh penduduk di negeri ini disaran menjadi sebahagian daripada Skuad Anti Dadah dalam membantu membanteras penyalahgunaan barangan terlarang khususnya di peringkat komuniti.

Pengerusi Skuad Antidadah Perlis Selatan, Amar Abd Jalil berkata, seruan itu ditujukan kepada golongan berusia 18 hingga 45 tahun yang dilihat berupaya menjadi ejen perubahan bagi membanteras budaya penyalahgunaan dadah.

“Setiap individu memainkan peranan penting dalam membina komuniti bebas dadah dan kami mengalu-alukan penyertaan lebih ramai belia dan masyarakat untuk bersama-sama berganding bahu merealisasikan impian Perlis bebas dadah,” katanya ketika ditemui di sini, semalam

Dalam pada itu, Amar berkata, Skuad Antidadah Perlis Selatan juga komited untuk terus mempergiatkan program berbentuk riadah, kesukarelawanan dan pendidikan pencegahan dadah sebagai usaha mendekati masyarakat secara berkesan.

Katanya, pihaknya juga telah melaksanakan Program Hiking Bukit Jernih baru-baru ini bertujuan untuk memupuk budaya hidup sihat, memantapkan semangat berpasukan serta memperkukuhkan mesej pencegahan dadah dalam kalangan komuniti setempat.

“Program ini telah mendapat penyertaan seramai 40 orang malah pelaksanaannya juga bukan sekadar aktiviti rekreasi, malah menjadi platform penting untuk mendidik masyarakat tentang bahaya penyalahgunaan dadah serta mengajak lebih ramai golongan muda untuk mengamalkan gaya hidup positif,” katanya.

Tambahnya, penganjuran program sebegini mencerminkan kesungguhan Skuad Antidadah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dalam memperkukuhkan pendekatan berbentuk komuniti. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya