ECRL selesai kerja pengorekkan 38 terowong lebih awal dari jadual

ECRL selesaikan kerja-kerja pengorekkan 38 terowong lebih awal dari jadual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665 kilometer dari Kota Bharu, Kelantan ke Pelabuhan Klang, Selangor, telah menyelesaikan kerja-kerja pengorekan untuk 38 terowong di sepanjang jajaran relnya setakat ini, berikutan dua terowong terobosan di Selangor awal minggu ini.

Penembusan melibatkan Terowong Serendah 1 sepanjang 3.5 kilometer yang berjaya ditembusi pada 7 April lalu, iaitu dua bulan lebih awal dari tarikh sasaran 31 Mei 2025.

Kejayaan itu menyusul sehari selepas penembusan Terowong Rawang-Bestari Jaya sepanjang 189 meter pada 6 April, sekali gus menandakan bahawa hanya tiga terowong lagi belum disiapkan dalam projek mega berkenaan daripada jumlah keseluruhan pembinaan 41 terowong.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tiga terowong lagi masih giat digali ketika ini termasuk Terowong Berkembar Genting yang merupakan terowong terpanjang dalam projek ECRL dengan jarak 16.39 kilometer, serta Terowong Serendah 2 sepanjang 9.85 kilometer.

Pada 7 April lalu, letupan terakhir di ‘Terowong Serendah 1’ telah menembusi penghadang terakhir kira-kira 2,046 meter dari pintu keluar terowong tersebut.

Pencapaian itu merupakan hasil daripada kira-kira 894,920 jam tenaga kerja serta penggunaan kaedah pengorekan gerudi dan letup yang menembusi kebanyakannya granit lapuk (weathered granite).

“Kerja-kerja pemasangan lapisan kekal bagi ‘Terowong Serendah 1’ telah mencapai kemajuan membanggakan sejauh 2,500 meter sebelum penembusan berlaku. Terowong ini mempunyai purata ketinggian 12 meter dan lebar 13 meter, sekali gus mampu menampung dua landasan rel berukuran standard apabila siap sepenuhnya.

“Lapisan kekal bagi ‘Terowong Serendah 1’ telah mencapai kemajuan sepanjang 2,500 meter sebelum penembusan berlaku. Terowong ini mempunyai purata ketinggian 12 meter dan kelebaran 13 meter, sekali gus menyediakan ruang untuk landasan berkembar tolok standard apabila siap sepenuhnya,” jelas Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dan China Communications Construction (ECRL) Sdn. Bhd. (CCCECRL) dalam kenyataan bersama.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak, berkata, kerja-kerja pengorekan tersebut berjalan lancar hasil komitmen tinggi pasukan projek ECRL serta teknologi pengorekan yang maju dan selamat.

“Kami mencatatkan satu pencapaian penting dengan pengorekan ‘Terowong Serendah 1’ sepanjang 3.50 km, dengan 512,582 meter padu tanah dan batuan dikeluarkan dengan selamat, pergerakan tanah minimum serta gangguan minimal kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Beliau menambah, ‘Terowong Rawang-Bestari Jaya telah diselesaikan menggunakan kaedah “benching” untuk memudahkan laluan pintasan bagi jajaran ECRL, tanpa perlu menebang jalan utama sepanjang Jalan Rawang-Bestari Jaya.

Katanya, kemajuan yang membanggakan telah dicapai dalam reka bentuk dan pembinaan terowong rel yang merupakan elemen utama Projek ECRL.

“Jajaran infrastruktur mega ini memerlukan pengorekan melalui kawasan berbukit dan hutan tebal untuk menghubungkan Pantai Timur dengan Lembah Klang,” katanya.

Pembinaan ECRL Fasa 1 dari Kota Bharu ke Gombak dijangka siap Disember 2026 dan mula beroperasi Januari 2027, manakala Fasa 2 ke Pelabuhan Klang bakal siap Disember 2027 dan  beroperasi awal 2028.

Kereta api elektrik ECRL (EMU) dengan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam, bakal menghubungkan Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dalam tempoh hanya empat jam berbanding tujuh jam melalui jalan raya, atau lebih 12 jam ketika musim perayaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×