DeepSeek boleh dimuat turun semula di Korea Selatan

DeepSeek boleh dimuat turun semula di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Perkhidmatan kecerdasan buatan China, DeepSeek, kembali boleh dimuat turun di pasaran aplikasi Korea Selatan hari ini, selepas digantung kira-kira dua bulan berikutan kebimbangan pelanggaran perlindungan data.

Suruhanjaya Perlindungan Maklumat Peribadi Korea Selatan berkata, DeepSeek memindahkan data pengguna dan arahan tanpa kebenaran apabila perkhidmatan tersebut pertama kali dilancarkan di negara itu pada Januari.

Muat turun aplikasi itu digantung pada Februari lalu selepas timbul isu mengenai perlindungan data peribadi, namun perkhidmatan tersebut kini tersedia semula di pasaran aplikasi Korea Selatan, termasuk Apple App Store dan Google Play Store.

“Kami memproses maklumat peribadi anda selaras dengan Akta Perlindungan Maklumat Peribadi Korea,” kata DeepSeek dalam nota dasar privasi yang dikemas kini pada aplikasi itu.

DeepSeek berkata, pengguna mempunyai pilihan untuk menolak pemindahan maklumat peribadi mereka kepada beberapa syarikat di China dan Amerika Syarikat (AS).

Agensi perlindungan data Korea Selatan berkata, DeepSeek secara sukarela memutuskan untuk membolehkan aplikasi itu dimuat turun, yang boleh dilakukan selepas sekurang-kurangnya sebahagian daripada cadangannya diambil kira.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×