50 tahun ‘pegang’ gunting, hasrat Ahmad, isteri tunai haji termakbul

50 tahun ‘pegang’ gunting, hasrat Ahmad, isteri tunai haji termakbul

AHMAD Uteh dijangka berangkat ke Tanah Suci, esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 50 tahun memegang gunting dan sikat sebagai sumber rezeki, Ahmad Uteh, 72, tidak pernah sekali pun melupakan impian untuk menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci.

Berasal dari Sabak Bernam, Selangor, tukang gunting rambut itu sudah lebih lima dekad mencari rezeki dengan kemahiran yang diwarisi sejak zaman mudanya.

Sejak berusia 21 tahun, Ahmad setia dengan profesion itu, wlaupun pendapatan hari­an tidak menentu.

“Apabila ada rezeki lebih, saya simpan, bila kurang, saya tetap syu­kur. Saya percaya, Allah SWT melihat usaha kita.

“Saya mendaftar untuk menunaikan haji bersama isteri pada 2009 selepas kesemua anak menamatkan persekolahan.

“Kami simpan kira-kira RM200 sebulan, kami bertawakal dan selepas 16 tahun kami bersyukur impan kami jadi kenyataan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Ahmad berkata, penerba­ngannya ke Tanah Suci dijadualkan pada 1 Mei ini.

“Saya mahu sempurnakan rukun Islam kelima. Ini hadiah paling bermakna dalam hidup dan saya berasa sangat terharu dan gembira.

“Saya ingin bersujud di hadapan Kaabah. Saya mahu berdoa, berterima kasih kepada Allah kerana memelihara saya selama ini.

“Saya mahu mendoakan kesejahteraan isteri, anak-anak dan semua yang pernah membantu saya,” katanya lagi.

Katanya, perjalanan panjang yang bermula dari sebuah kerusi gunting rambut di kampung, dan berakhir di rumah Allah menjadi sebuah penghormatan yang tidak ternilai harganya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya