KINSHASA: Sekurang-kurangnya 148 maut selepas sebuah bot yang membawa bahan api terbakar dan terbalik di Republik Demokratik Congo. Menurut laporan media, bot tersebut membawa sehingga 500 penumpang, termasuk wanita dan kanak-kanak, ketika terbalik di Sungai Congo yang terletak di wilayah barat laut negara itu pada Selasa. Kejadian berlaku berhampiran Mbandaka, ibu negeri Equateur, di antara Sungai Ruki dan Sungai Congo – yang paling dalam di dunia. Pemimpin masyarakat sivil tempatan,…










