Tindakan tegas terhadap hantaran, komen berbaur perkauman

Tindakan tegas terhadap hantaran, komen berbaur perkauman – Razarudin

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras bahawa tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap individu yang mengeluarkan hantaran atau komen berbaur perkauman serta menyentuh sensitiviti agama di media sosial.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri dalam menangani isu tersebut dan akan mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan keharmonian negara terus terpelihara.

“Hentikan segera segala komen atau hantaran yang boleh mencetuskan ketegangan kaum dan agama.

“PDRM akan bertindak tegas terhadap sesiapa sahaja yang cuba menggugat keharmonian masyarakat,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya lebih bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial dan tidak mudah terpengaruh dengan sebarang provokasi yang boleh menjejaskan perpaduan negara.

Menurutnya, sejak kebelakangan ini, semakin banyak kenyataan-kenyataan berunsur provokasi perkauman tular di media sosial sehingga mencetuskan keresahan dalam kalangan rakyat.

“Keadaan menjadi lebih tegang apabila terdapat komen balas yang berterusan, sekali gus mengeruhkan lagi suasana.

“Sehubungan itu, PDRM menasihatkan orang ramai untuk segera melaporkan sebarang kenyataan berunsur hasutan bagi membolehkan tindakan segera diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN