PETALING JAYA: Tiga penyampai radio Era FM diberikan nasihat agar menjadi ejen perpaduan dengan menyampaikan mesej kesatuan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan mesej tersebut ketika bertemu dengan tiga penyampai radio stesen radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jazmin, dan Radin Amir semalam. “Semalam, Perdana Menteri telah menghadiri Majlis Iftar…









