Sudah turun harga, jualan tetap kurang

Sudah turun harga, jualan tetap kurang

SEORANG peniaga melayan salah seorang pelanggan yang sedang memilih baju Melayu yang diturunkan harga selepas jualan masih perlahan di bazar Aidilfitri Sena, Kangar, Perlis semalam. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Meskipun peniaga mengambil inisiatif menurun­kan harga lebih awal berban­ding kebiasaan pa­da lewat malam raya, jualan di bazar Aidilfitri di sini masih perlahan menjelang beberapa hari sebelum umat Islam menyambut lebaran.

Malah, ada peniaga pakaian memaklumkan, dari pukul 3 petang sehingga 12 tengah malam, hanya sekitar tiga ke lima pasang baju Melayu atau kurung sahaja terjual meskipun ditawar pada harga murah dibawah RM100.

Seorang peniaga pakaian di bazar Sena di sini, Martini Yusof,50, berkata, mereka mula me­ngambil inisiatif menurun­kan harga sejak kelmarin namun jualan masih perlahan.

Katanya, situasi itu menye­bab­kan mereka masih tidak men­dapat pulangan modal selain gagal membayar sewa.

Ujarnya, baju Melayu dan ku­rung dari harga RM120 diturunkan kepada RM99 manakala kurta dari RM79 kepada RM69.

“Terpaksalah kami turunkan harga lebih awal sebab tidak laku. Bukan sahaja turun harga, tawar harga lebih murah pun masih boleh. Sejak dua minggu lalu, antara tiga ke lima pasang sahaja sehari terjual. Hari ini, hanya tiga sahaja terjual. Agak susah lah kami. Harap sehari dua sebelum raya, jualan akan kembali baik,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan, kewujudan platform e-dagang yang menawarkan harga murah ‘membunuh’ kedai-kedai fizikal dengan rata-rata pendapatan peniaga terjejas dengan sangat ketara.

Yang Dipertua Persatuan Pe­niaga-Peniaga Kecil Melayu Selangor (PPPKM), Hanim Mohd. Said dilaporkan berkata, tahun ini menyaksikan premis dan lot perniagaan suram berikutan jumlah pengunjung kurang termasuk pada hujung minggu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN