Stok mercun RM150,00 untuk sambutan Aidilfitri dirampas

Stok mercun RM150,00 untuk sambutan Aidilfitri dirampas

PELBAGAI jenis mercun yang dirampas selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Dendang Timur, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa merampas stok mercun bernilai RM150,000 untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri selepas menyerbu sebuah rumah di Kampung Dendang Timur, Ketereh di sini semalam.

Dalam serbuan pukul 1 tengah hari menerusi Op Taring Wawasan Kelantan itu, PGA turut menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berkaitan rampasan tersebut.

Komander Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas rumah tersebut telah menjumpai beberapa kotak mengandungi mercun pelbagai jenis diseludup dari Thailand.

“Kita tidak menolak kemungkinan mercun ini dijual ke pasaran tempatan menjelang sambutan Aidilfitri.

“Kesemua barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Katanya, PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan penyeludupan dari terus berleluasa di sempadan negara.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN