SANAA: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan sembilan yang lain cedera dalam serangan udara dilancarkan Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) ke atas Sanaa, menurut kumpulan Houthis semalam. Serangan berlaku selepas Presiden AS, Donald Trump mengumumkan operasi udara besar-besaran terhadap kumpulan tersebut. Kementerian Kesihatan menerusi agensi berita dikaitkan dengan Houthi, SABA dilaporkan berkata, orang awam tercedera kebanyakannya kritikal, manakala sembilan yang terbunuh adalah angka awal korban serangan udara AS-UK ke…










