RANTAU PANJANG: Penduduk di Kampung Bendang Perol di sini, bimbang jika terpaksa berpuasa di pusat pemindahan sementara (PPS) memandangkan keadaan banjir yang melanda kawasan rumah mereka, lambat surut.
Seorang penduduk, Mek Yam Ahmad, 82, berkata, dia sudah beberapa hari berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh selepas rumahnya ditenggelami air banjir susulan hujan lebat dan berkemungkinan.
“Biasanya air mengambil masa selama seminggu untuk surut, semua itu bergantung kepada keadaan cuaca. Jadi saya harap cuaca bertambah baik dan dapat segera pulang ke rumah.
“Walaupun sudah lali berdepan banjir, namun jika berpuasa di PPS ia satu cabaran buat kami,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Seorang lagi penduduk, Noriah Setapa, 52, turut berharap banjir yang melanda kawasan rumahnya surut sebelum Ramadan dijangka bermula esok.
Katanya, dia dan keluarga seboleh-bolehnya mahu menyambut Ramadan di rumah.
“Sejak November tahun lalu hingga Februari, saya sudah enam kali kawasan rumah ditenggelami banjir,” katanya. – UTUSAN











